
PERAK, 23โ25 Julai 2025 โ OPSENET 1.0: Program Perkongsian Kelestarian Kelapa Sawit Negara telah berjaya dilaksanakan melalui kerjasama strategik antara Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), FELCRA Berhad (Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan โ R&D), Kolej FELCRA serta SSEW Technology Sdn Bhd. Program ini bertujuan memperkasakan kefahaman dan pelaksanaan kelestarian industri kelapa sawit secara menyeluruh, merangkumi rantaian nilai daripada sektor huluan (upstream) sehingga hiliran (downstream).
Program selama tiga hari ini telah berlangsung pada 23 hingga 25 Julai 2025 bertempat di Kolej FELCRA, Bandar Baru Seberang Perak, Kampung Gajah dan Pusat R&D FELCRA Berhad, Nasaruddin, Bota, Perak. OPSENET 1.0 dianjurkan oleh Fakulti Sains Gunaan dan Teknologi (FAST), UTHM dengan pendekatan pemindahan ilmu bersepadu merangkumi ceramah teknikal, latihan lapangan, demonstrasi industri, pameran, lawatan teknikal serta forum interaktif bersama komuniti dan pemain industri.
SSEW Technology Sdn Bhd merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak UTHM, khususnya Dr Noraini Ruslan, atas inisiatif dan kepimpinan dalam menjayakan OPSENET 1.0 sebagai platform kolaborasi berimpak tinggi antara akademia, industri dan komuniti. Program ini telah berjaya menghimpunkan kepakaran pelbagai pihak bagi memperkukuh kefahaman peserta terhadap kelestarian industri kelapa sawit dari aspek pengurusan ladang, operasi kilang, pematuhan alam sekitar serta inovasi teknologi.
Intipati Program & Fokus Utama

Sepanjang pelaksanaan OPSENET 1.0, para peserta telah didedahkan kepada:
- Amalan terbaik pengurusan ladang dan kilang kelapa sawit, termasuk pengurusan sisa, kecekapan operasi dan pematuhan peraturan alam sekitar.
- Pengurusan sisa industri dan pendekatan waste-to-value, merangkumi potensi pemulihan sisa, biojisim dan biosolid ke arah nilai tambah.
- Aspek pengurusan karbon dan gas rumah kaca (GHG), termasuk pendedahan awal kepada potensi kredit karbon, pemantauan pelepasan, serta peluang integrasi teknologi rendah karbon dalam operasi industri.
- Hubungan antara sektor upstream dan downstream, bagi memastikan kelestarian tidak hanya tertumpu di ladang, malah diterjemahkan sehingga ke peringkat pemprosesan dan rantaian bekalan.
Dalam program ini, pihak SSEW Technology Sdn Bhd melalui En Tiun Tiong Boon (Pengarah Urusan) turut terlibat secara aktif dengan berkongsi pendekatan zero-CAPEX desludging method, iaitu kaedah pengurusan sisa dan enap cemar yang menekankan pengurangan kos pelaburan, peningkatan kecekapan operasi serta pemuliharaan alam sekitar melalui pengurangan pencemaran dan pelepasan karbon dari operasi kilang kelapa sawit.
Keberkesanan & Pemerhatian Lapangan

Dari sudut keberkesanan, OPSENET 1.0 telah menunjukkan impak positif dalam meningkatkan kefahaman peserta terhadap realiti operasi industri kelapa sawit serta cabaran sebenar di lapangan. Pendedahan secara langsung kepada operasi ladang, kemudahan R&D dan persekitaran pembelajaran berasaskan industri telah membantu peserta memahami hubungan antara pengurusan alam sekitar, kecekapan operasi dan kelestarian ekonomi.
Program ini juga membuka ruang perbincangan awal antara akademia dan industri berkaitan potensi pelaksanaan projek karbon, penambahbaikan sistem pengurusan kilang, serta penggunaan teknologi kejuruteraan dan alam sekitar bagi menyokong peralihan industri ke arah ekonomi karbon rendah.

OPSENET 1.0 turut melibatkan penyertaan aktif pelajar UTHM, pelajar Kolej FELCRA, pelajar sekolah sekitar negeri Perak serta guru-guru pengiring, sekali gus memperkukuh peranan pendidikan berasaskan pengalaman (experiential learning) dalam membentuk modal insan dan bakat masa hadapan industri kelapa sawit.
SSEW Technology Sdn Bhd berbesar hati dapat menjadi sebahagian daripada kerjasama strategik ini dan komited untuk terus menyokong inisiatif kolaboratif bersama UTHM, FELCRA dan rakan industri lain dalam memperkukuh kelestarian industri kelapa sawit negara secara mampan, berdaya tahan dan bertanggungjawab.


#UTHMPrihatin #OPSENET1_0 #KelestarianKelapaSawit #IndustryAcademia #CarbonCredit #ESG #UpstreamToDownstream
Leave a Reply